18 July 2014

Shaklee Effect Episod 3

Assalamualaikum semua...

Dalam sambil-sambil bekerja..saya juga membuat promosi produk Shaklee yang saya jual, mengambil order, membantu memberi tunjuk ajar kepada anak2 dan cucucicit group saya. Pergi ke Jb branch seminggu beberapa kali demi menunaikan permintaan pelanggan dan anak2 Shaklee saya. Ianya seperti rutin dan menjadi sebahagian dari hidup saya selama setahun bersama Shaklee.

Bila ada rasa suka dan cinta, semuanya menjadi mudah. Biarpun letih dan penat selepas balik dari bekerja, keazaman dan semangat dalam diri yang membuatkan saya terus berada di sini untuk membantu. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang apabila kita memberinya, ianya dapat diamalkan dan berpanjangan serta memberi manfaat kepada orang lain.

Saya sangat gembira apabila anak cucu saya faham apa yang saya sampaikan. Faham segala target yang perlu dibuat, teknik pemasaran, bagaimana untuk memperkenalkan produk, bagaimana untuk menjemput rezeki, bagaimana untuk closing. Tapi apa yang paling penting sekali adalah tidak berhenti untuk mencari ilmu. Memahami dengan lebih dalam tentang ciri-ciri dan kebaikan produk adalah yang paling utama. Adalah sangat penting untuk mendalaminya kerana kita harus tahu dan faham kehendak pelanggan iaitu apakah produk dan kombinasi yang sesuai untuk keperluan mereka.

Saya suka nak berkongsi pengalaman yang saya dapati selama bersama Shaklee. Semua ini saya tidak akan dapat jika saya terus berdiam diri. Bersama mengenali pemimpin yang hebat dan selalu memberi bimbingan dan tunjuk ajar menjadikan saya manusia yang lebih baik dari saya yang dulu.

Saya mahu terus berkongsi manfaat dan kebaikan-kebaikan yang saya dapat dengan Shaklee. Selain untuk sihat, saya juga dapat membantu orang lain untuk sihat disamping menjana pendapatan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga pendapatan orang lain. 

"DISEBALIK REZEKI YANG KITA DAPAT PUNYA REZEKI ORANG LAIN"

Terima Kasih

No comments:

© Mamaisy Vitamin's House | Template Designed By Blog Bingkisan Hati