Showing posts with label Shaklee effect. Show all posts
Showing posts with label Shaklee effect. Show all posts

20 July 2014

Kenapa saya suka Shaklee Episod 4

Topik ni adalah satu topik yang saya paling suka. Satu topik yang saya selalu tak sabar untuk ceritakan dan kongsi pengalaman dengan anda semua.

Ianya bermula apabila saya berjumpa dengan pemimpin-pemimpin hebat group Jutawan yang datang dari pelbagai lapisan baik kakitangan kerajaan dan swasta. Ada juga yang surirumah dan mempunyai anak yang ramai. Yelahkan, zaman sekarang ni kalau anak lima memang rasanya dah cukup ramai jika dibandingkan zaman mak-mak kita dulu, ada yang adik-beradik sampai 10 orang. Tapi, zaman sekarang ni, dengan tuntutan hidup dan barang yang semakin naik harga, rasanya agak tak berapa nak mampu nak beranak ramai walaupun suami dan isteri bekerja.

Point utama saya di sini adalah, mencari pendapatan sampingan adalah salah satu cara untuk membantu mengisi ruang yang lopong, bila pendapatan atau gaji bulanan hanya cukup-cukup makan. Lebih-lebih lagi bila tak dapat nak pergi bercuti dan menunaikan kehendak anak-anak. Sedih bila semua kena budget kerana komitmen hutang lebih tinggi dari nilai gaji yang kita dapat. Sedih bila tengah bulan duit dah tinggal beberapa keping, dari ribu jadi ratus, dari ratus jadi puluh hingga jadi ringgit-ringgit. Sedih bila tak dapat kirim untuk mak dan ayah di kampung. Sedih bila adik-beradik susah tapi tak dapat nak tolong. Sedih bila kehendak diri sendiri tak dapat untuk ditunaikan kerana duit yang cukup untuk bayar hutang dan perbelanjaan harian semata.

Saya mahukan financial freedom, dan saya fikir Shaklee adalah salah satu cara untuk dapatkannya tanpa modal, tanpa bayaran bil bulanan seperti sewa kedai, gaji pekerja dan bil-bil lain. Bonus pula saya dapat pada tiap pertengahan bulan. Dapatlah cover mana yang kurang, susu, pampers anak, boleh bayar kereta, bayaran rumah in advance, boleh sedekah, boleh bagi mak ayah dan lain-lain lagi.

Siapa yang tak nak financial freedom? Bezanya kita adalah kita mahu atau tidak untuk mengubah kehidupan masing-masing. Kalau tidak bermula bagaimana hendak berjaya. Kalau tidak cuba, bagaimana nak tau kita dapat atau tidak. Kena bermula sekarang.

Jika berminat untuk menyertai Shaklee, hubungi saya secara sms,call,whassapp
 0167784204




Terima Kasih

18 July 2014

Shaklee Effect Episod 3

Assalamualaikum semua...

Dalam sambil-sambil bekerja..saya juga membuat promosi produk Shaklee yang saya jual, mengambil order, membantu memberi tunjuk ajar kepada anak2 dan cucucicit group saya. Pergi ke Jb branch seminggu beberapa kali demi menunaikan permintaan pelanggan dan anak2 Shaklee saya. Ianya seperti rutin dan menjadi sebahagian dari hidup saya selama setahun bersama Shaklee.

Bila ada rasa suka dan cinta, semuanya menjadi mudah. Biarpun letih dan penat selepas balik dari bekerja, keazaman dan semangat dalam diri yang membuatkan saya terus berada di sini untuk membantu. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang apabila kita memberinya, ianya dapat diamalkan dan berpanjangan serta memberi manfaat kepada orang lain.

Saya sangat gembira apabila anak cucu saya faham apa yang saya sampaikan. Faham segala target yang perlu dibuat, teknik pemasaran, bagaimana untuk memperkenalkan produk, bagaimana untuk menjemput rezeki, bagaimana untuk closing. Tapi apa yang paling penting sekali adalah tidak berhenti untuk mencari ilmu. Memahami dengan lebih dalam tentang ciri-ciri dan kebaikan produk adalah yang paling utama. Adalah sangat penting untuk mendalaminya kerana kita harus tahu dan faham kehendak pelanggan iaitu apakah produk dan kombinasi yang sesuai untuk keperluan mereka.

Saya suka nak berkongsi pengalaman yang saya dapati selama bersama Shaklee. Semua ini saya tidak akan dapat jika saya terus berdiam diri. Bersama mengenali pemimpin yang hebat dan selalu memberi bimbingan dan tunjuk ajar menjadikan saya manusia yang lebih baik dari saya yang dulu.

Saya mahu terus berkongsi manfaat dan kebaikan-kebaikan yang saya dapat dengan Shaklee. Selain untuk sihat, saya juga dapat membantu orang lain untuk sihat disamping menjana pendapatan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga pendapatan orang lain. 

"DISEBALIK REZEKI YANG KITA DAPAT PUNYA REZEKI ORANG LAIN"

Terima Kasih

© Mamaisy Vitamin's House | Template Designed By Blog Bingkisan Hati