15 December 2014

MOTIVATION & RECOGNITION RALLY 2014

13HB DISEMBER 2014

Tarikh di mana kami sebagai SID diraikan di atas pentas di atas pencapaian setakat Disember untuk sesi 2014. Saya menerima sijil penghargaan yang diberikan sebagai SENIOR SUPERVISOR. Bangga, memang sangat bangga. Lebih gembira kerana membawa seorang cucu, Noor Haziqah. Ye, sebagai leader haruslah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak buah yang lain. Dengan erti kata lain, mereka jadikan kejayaan kita sebagai contoh, menjadikan pengalaman ini sebagai panduan dan yang paling penting sekali mereka juga naik menjadi leader dan nak berjaya macam kita. Beberapa leader hebat turut berkongsi segala pengalaman dan membrikan tips-tips untuk berjaya seperti mereka.

Sharing daripada AISHAH RAHIM juga menyentuh hati. Tak tertahan airmata jatuh. Memang tak tahu nak ungkapkan segala perasaan di hati. Terharu... Bagaimana push factor yang kuat sehingga dia menjadi dia yang kini. Mungkin orang di luar sana tidak tahu apa perasaan yang kami alami berada dalam keluarga Shaklee. Sebenarnya, saya berasa sangat bersyukur kerana ditemukan dengan group ini. Bonding yang kuat, keazaman yang  tinggi banyak mempengaruhi saya untuk terus berada di sini. Jika tiada kemahuan dan keinginan, tentu sahaja saya akan berhenti. Bezanya saya adalah saya punya semangat dalaman yang kuat, saya selalu positif dan selalu bersangka baik. Alhamdulillah, rezeki selalu ada jika kita percaya yang Allah akan bagi. Selalu PERCAYA DAN YAKIN PADA KEKUASAANNYA. Mengenali mereka juga seperti tersedar dari lena yang panjang. AMALAN ROHANI sangat ditekankan. Kalau mungkin sebelum ni saya tidak pernah kenal dan buat Dhuha ataupun Tahajud, alhamdulillah saya mula menyempurnakannya. Kalau ssebelum ini saya tidak pernah kenal surah Al-Waqiah, saya mula membaca dan memahaminya. Kalau sebelum ini zikir sangat jarang untuk dilafaz, tapi kini ianya seperti air sungai yang mengalir tanpa henti malah makin laju dibawa arus. Alhamdulillah.. Allah membuka hati ini untuk bersama Shaklee dan group ini kerana untuk memberi hidayah ini untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Semoga hidayah ini tidak mati dan tidak berhenti malah akan terus dimanfaatkan sehingga ke akhirnya. Alhamdulillah..sangat mudah menjemput rezeki. Benarlah kata orang, kita jangan mengharapkan rezeki daripada manusia, mintalah pada DIA yang memberikan rezeki itu.

Kepada mereka di luar sana yang masih mencari-cari pendapatan sampingan, bolehlah memilih Shaklee dan kumpulan kami kerana segalanya sangat mudah. Memilih pemimpin dan kumpulan yang terbaik sangatlah penting untuk pastikan kita sentiasa on track dan tahu halatuju bisnes ini. Kami akan memberi tunjuk-ajar dan bimbingan secara online mahupun offline tentang segala ilmu dan pengalaman yang kami ada. Apa yang penting adalah kekuatan mental dan mahu untuk berubah menjadi dari yang biasa-biasa ke luarbiasa.

Saya sayangkan biz ini kerana ianya sangat mudah dan telus. Semua berlandaskan akad jual beli yang jelas dan bonus diberikan kepada mereka yang benar-benar berusaha. Siapa yang berusaha lebih, maka dialah yang akan dapat. Semoga Shaklee terus memberi manfaat kepada saya dan semua orang. Aamiinn..

Terima Kasih

No comments:

© Mamaisy Vitamin's House | Template Designed By Blog Bingkisan Hati