29 November 2014

AKU DAN MLM?

     Saya suka biz Shaklee. Sangat suka sebenarnya. Bila dapat bertahan sehingga kini, terasa sangat manis kerana PERCAYA. Percaya pada apa yang Allah bagi, DIA akan bagi.

    Orang kata jalan kita berbeza,lambat atau cepat untuk naik ke atas itu perkara kedua. Apa yang paling penting adalah usaha yang tanpa jemu di kala kita jatuh, flat, kaku, dan TIDAK BERHENTI.

    Ini bukan pertama kali saya menyertai bisness multilevel a.k.a MLM ini. Saya pernah menyertai satu syarikat yang agak gah dan sudah lama bertapak di Malaysia. Pelan Marketing sangat cantik. Betul saya cakap. Pada waktu itu, MLM ini perlu melabur dengan sejumlah duit yang banyak dengan terus capai pangkat yang pertama dengan mendapat bonus sekian-sekian. Ianya sangat terkenal dan rata-rata naik seperti cendawan tumbuh. Sangat viral di sana-sini. 

Dalam tempoh setahun aktif, saya berjaya mendapat semula modal yang saya keluarkan, barang semua habis dijual termasuk pakai sendiri. Dan dalam tempoh setahun itu juga, terlalu ramai yang tidak ke mana dan bukan seperti yang diwar-warkan kerana ianya bukan perkara yang mudah untuk setiap orang mencapai TARGET yang diinginkan. Leaders pada masa itu menggunakan pendekatan menayang kereta mewah menunjukkan bahawa sangat jutawanlah mereka dengan biz ini. Ada yang sangat berani sehingga mengeluarkan 3 buah kereta sekaligus. Tujuannya, untuk menunjukkan bahawa dengan biz ni kita mampu untuk mencapai impian kita tapi realitinya, semua ni hutang bukan cash.

   Orang-orang kecil yang berada di bawah ada juga yang berani berhutang kereta mewah sedangkan gaji tak sampai 2k pun. Ye, dengan harapan bila berkereta mewah, orang pun teruja nak join dengan bermodal besar lepas tu dah kaya sikit beli kereta mewah macam mereka yang di atas. "Tak payah pakai slip gaji, pakai slip biz ni je. Kan bonus kita dapat tiap bulan." KATA KUNCI: FOLLOW LEADERS. Ye, kalau ada orang nak join beli pangkat macam kita. 

Group yang saya join ini adalah kumpulan yang terbesar di Johor, tetapi di akhirnya, ramai  yang terbujur layu. Kumpulan berpecah kerana hasad dengki, fitnah di sana-sini. Apa yang paling jelas adalah DOA. Sumpahan sebenarnya. Ramai yang tak berjaya, yang tidak dapat capai target dan sudah mengeluarkan modal yang besar dengan berhutang peribadi di bank-bank tertentu marah dan menyumpah leader-leader yang mengajak mereka. Kesian, kesian menanggung hutang. Terlalu banyak kesan buruk yang dialami. Tapi, semua ini adalah pengajaran dan pembelajaran kepada saya. Sejak itu, saya tidak pernah lagi menyertai mana-mana MLM kerana serik. Rasa bersalah kerana menyebabkan orang lain berhutang.

Sehinggalah saya berjumpa dengan Shaklee dan semakin jatuh cinta dengannya! KENAPA?

TUNGGU YER..


Terima Kasih

28 November 2014

WHY I LOVE MY HUSBAND

Hari ni genap 6 tahun perkahwinan kami.
Hari ini juga genap 34 tahun suami saya hidup di atas muka bumi Allah ini.

 Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya dengan segala rahmat,rezeki yang tak pernah putus,punya anak-anak yang sihat dan comel,keluarga yang baik-baik, rakan taulan yang baik-baik,bisnes Shaklee yang berpanjangan,punya sid yang ramai untuk manfaat orang lain selamanya. TILL JANNAH! AMIINN...

Semua orang sayangkan perkahwinan,sayangkan suami. Bagusnya tentang wanita adalah biarpun kurangnya si suami tapi cinta dan kasih sayang tetap tersemat dalam hati. Kali ini bukan kerana nak up atau downkan suami. Bukan untuk mendabik dada atau mengundang kecemburuan wanita lain,tapi ya saya punya suami yang baik,sangat baik sebenarnya yang menjadi idaman wanita. Macam poyo je..hihi

Yang pasti, dia adalah lelaki yang penyayang a.k.a family man. Saya dan anak-anak adalah his main priority. Sangat rajin,sampai saya pun tak boleh tanding dia punya rajin tahap super sayya. Rajin kerja,rajin kemas rumah,rajin jaga anak,rajin dan sangat rajin macam mak dia. Yelah,mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi..

Dan..
Yang paling penting sekali,dia seorang yang sangat memahami dan selalu menyokong karier saya terutama dalam biz Shaklee. Berkat doa dan sokongan dia juga penyumbang pada nilai yang saya dapat sepanjang setahun aktif bersama Shaklee. Redha suami sangat penting tau!

Notakaki:
Nak join Shaklee jom join saya. Janji tau!







Terima Kasih

© Mamaisy Vitamin's House | Template Designed By Blog Bingkisan Hati