25 November 2014

Blogging vs Bershaklee

   Pejam celik pejam celik saya dah aktif dalam Shaklee dah setahun..
Dalam setahun jagung ni macam2 pengalaman dan benda baru saya dapat..
Kawan baru,ilmu baru dan macam2 lagi..
   Blog,blogging memang benda baru pada saya yang orang putih kata ignorant a.k.a. jahil. Saya bukan penggemar teknologi.bukan penggemar gadget dan yang sewaktu dengannya. Saya hanya tahu microsoft words tu pun tak khatam lagi. Internet hanya digunakan bila saya google untuk cari maklumat yang saya nak. Facebook pun orang dah bertahun pakai baru saya ada akaun fb. Oleh kerana saya tak berinternet sangat dan of coursela fb memang sangat jarang saya online. Kalau online pun hanya ke cyber cafe. Even laptop pun saya beli ketika sudah 4 tahun bekerja. Itupun beli kerana dilantik menjadi setiausaha panitia kat sekolah. Dan buka hanya jika ada kerja yang perlu dibuat.
   Maafkan saya..saya memang tak minat benda2 yang berkaitan teknologi,yang asas sahaja sudah memadai. Akhirnya aktif internet dan selalu online apabila husband belikan handphone samsung tu pun samsung ace yang kecik je. Tapi,sekarang dah pakai note 3 neo Samsung.Kenapa? Kerana saya sudah terlibat dalam bisnes secara online. Itulah sebabnya beli yang besar sikit,senang nak tengok dan baca.
   Berbalik kepada tajuk kat atas,bila saya dah join Shaklee,terutama group jutawan ni di Johor dan punya ahli yang ramai di seluruh Malaysia, leader hebat Aishah Rahim dan Master Beeha buat kelas kat Shaklee branch di Taman Molek,Johor. Saya terbaca tentang bagaimana nak post,nak jual secara online dan offline. Salah satunya melalui blog peribadi. Yelah,setakat ni saya hanya ada whatsapp dan fb je. Hanya itu saluran yang saya gunakan dalam berbisnes atau sharing tentang Shaklee.
   Akhirnya,saya terjebak berblogging dan mengupah blogger terhandal...hihihi dengan hanya bayaran 70 ringgit. Syukurla join kelas dengan sid-sid lain. Blog dah lama siap tapi tak pernah update apa2 kerana tak tahu. Malu bertanya sesat jalan kan. Saya pun belajar sikit2 lama2 jadi banyak tahu. Saya gembira kerana hari ini saya menambahkan ilmu tentang blogging. Melalui blog,saya tahu saya berada di dunia yang berbeza yang tidak seperti facebook. Sukar untuk dijelaskan apa yang saya rasa tapi saya tahu pengetahuan tentang blog memberi gambaran baru pada saya dalam dunia perniagaan online. Saya melihat bagaimana info dan maklumat yang lebih jelas dapat disampaikan melalui blog peribadi. Penulisan dan pembacaan juga menjadi lebih matang kerana kita berkongsi pengalaman dan apa yang kita rasa dalam bentuk yang berbeza.
   Tapi,yang jelas banyak lagi yang saya perlu pelajari untuk menjadikan blog saya rujukan yang baik dan berguna untuk semua pembaca dan followers. Terutama kepada penggemar Shaklee kerana perasaan gembira berkongsi dan memberi adalah satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan tulisan. Coz when you can make people happy, you are happier than they are. Life is all about giving.
Terima Kasih

18 November 2014

Omega Guard Promo November 2014

Assalamualaikum..

Lama menyepi..bukan merajuk tapi hari-hari yang busy dengan urusan dunia yang takkan berhenti selagi hayat dikandung badan.

Masih belum terlambat untuk update tentang promo bulan ini,November 2014 iaitu Omega Guard,Minyak ikan terbaik di dunia!

Kenapa saya suka Omega Guard?
Sebenarnya terlalu banyak manfaat dan kebaikannya terutama sekali kepada seisi keluarga.
 Kita harus tahu Omega Guard Shaklee ini mengandungi lemak ikan bukan lemak hati ikan yang sangat berkualiti termasuk DHA dan EPA.
Ianya mempunyai pelbagai fungsi.

Salah satunya, untuk melicinkan kulit. Wanita-wanita di luar sana tentunya mahukan kulit yang licin dan sentiasa cantik.
Ia juga sangat bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak yang membesar. Kanak-kanak semakin fokus dalam pembelajaran dengan pengambilan Omega Guard.
Orang dewasa juga dapat menajamkan minda dan mengurangkan simptom nyanyuk. Maklumlah,manusia semakin tua jadi tahap ingatan atau memori pun semakin terjejas.



Terima Kasih

© Mamaisy Vitamin's House | Template Designed By Blog Bingkisan Hati