Lama tak update blog..dah berhabuk..
Last 2 months ke Krabi bersama husband 28th November till 1st Dec. Best memang sangat best sebab menyambut Anniversary yang ke 7 tahun.
Booked tickets 2 bulan sebelum tu. adhock jer sebab memang teringin sgt nak pegi. Nak pegi The Beach tu..hihi.. Harga tickets dalam 800++ termasuk insurance n luggages. Mahal sikit sebab yela kira booking last minute kan.. Flight tak lama dari KL ke Krabi dalam sejam setengah lebih kurang. Flight AirAsia la opcoz. flight mana lagi. Satu tips nak booking flight pilihla waktu pagi dan mesti stay at least 4 hari 3 malam untuk cover trip laut dan darat. Sebabnya bila nak balik pun flight pagi juga. penerbangan ke krabi hanya 2 kali sehari je tau.
Lepas tu booked hotel kat Agoda. Cari punya cari terbooked la satu resort. The Best 2014 resort there. Nama resort to Maleedee Bay Resort. Sebenarnya banyak pilihan hotel yang menarik dan selesa dan jauh lebih murah tapi oleh kerana Anniversary dan boleh buat special request, so hotel ni is just nice for 3 nights stay sebab biliknya dan bilik air sangat luas. Bestnya lagi kiteorg dapat special and free upgrade dari standard ke deluxe. Booking kat Agoda pun free je without any downpayment. plus, free cancellation kalau tak jadi nak stay. okla sebab memudahkan. Total cost dalam 600++. masa ni duit dia 100 bath kita dalam 11 rggt ++. Oh ya, kalau nak pilih hotel pilihlah hotel yang dekat area Ao Nang Beach. Ingat tu.
Sebab senang nak pegi bejalan2 dan area pantai ni.
Sampai je kat airport kiteorg naik taxi. cost dalam 600 bath. Belagak mcm org kaya sgt. sebenarnya bazir. baik naik bas baru dalam 150 bath sorang.bas pun selesa tau.. haishhhh.. yela tak tau.. first time kan..
sampai je kat hotel, disambut dengan baik dengan hotel staff. org thai x berapa sgt tau ckp Inggeris. tapi bolehla.. sy hentam juga cakap Melayu bila diorg tak paham Inggeris. hahhaha.. Tunggu dalam sejam lebih rupanya diorang hias katil dengan bunga bentuk love siap ada gajah yang pihak hotel buat lipat2 pakai towel. yelah saya memang minta special request kan.. hehehe..diorg layankan je..How Romantic my anniversary..hahahah
Lepas check in bagai semua kiteorg sewa motor. 200 bath utk tempoh 24 jam. diorg akan minta tggalkan passport tapi ni motor hotel.kalau nak sewa motor kat agen luar diorg minta copy passport je. so boleh rempit kawasan tu x pakai helmet pun xpe sebab Krabi polis xde. jenayah pun takde. aman damai. selamat. Krabi memang ramai sgt mat saleh. mcm kat oversea rasanya. penuh kat beach, pasar2 souvenir kat area tu. but well, kiteorg pun pelancong, so apedehal.
citer tentang trip kiteorg terjumpala agen BARACUDA. sgt murah dan berpatutan siap bagi diskaun. Kiteorg amek trip 7 islands sebab nak pegi pantai Bamboo island, Phi phi Island, monkey island, Maya Bay, dan beberapa pulau lain. x ingat. ni trip cover dari 9 pagi hingga petang. sorang dalam 1600 bath. murah tau. pegi jalan2 kat pantai amek gambar byk2. ada tempat utk snorkelling. tapi coral x bape cantik. sebab dah mati. tapi Maya Bay memang sgtttttt cantik. pasir dia macam kena blender. halus dan putih. itulah tujuannya nak ke Krabi. Ramai dan penuh org putih dr pelbagai negara. hahahah..sebab dah tgk filem The Beach lakonan Leonardo Dicaprio yang menyebabkan pulau Krabi ni famous.
trip kedua darat tapi kami amek pakej 1000 bath sorang je sebab nak bekayak dan naik gajah. aktiviti2 lain banyak tapi kalau nak pegi tak dapat sebab tak cukup budget dan masa. kalau nak cover all, haruslah stay seminggu. bekayak mmg sgt thrilled sebab masuk kawasan pokok bakau. mula2 round area laut dan pulau then masuk kawasan shooting filem James Bond tp x ingat filem mana satu. nak berejam juga bekayak sebab guide depan x ingat jalan but then akhirnya selamat keluar.fuhhh,, risau juga sebenarnya takut ada buaya tapi area tu memang xde buaya. syukur ya Allah. ni betullah bekayak sampai puas. Naik gajah best. gajah ni sangat bijak. anak gajah namanya UI. comel. jalan masuk ladang getah n sungai kecil. sangat bijak sebab masuk sungai je dia buang air besar.hahahaha..
Bab makan. ye makanan yang famous ialah pancake. saya makan sampai 4 keping sehari. macam2 jenis ada. paling suka banana pancake salut coklat nutella dan susu. fuhhhh... sedap.bilala kat Malaysia nak ada mcm ni. murah dalam 30 ke 50 bath. makan halal senang nak jumpa sebab ramai muslim di kalangan org Pattani. okla harga pun murah. kalau seafood sy suggest satu restoran seafood muslim di mana semua pekerjanya pakai baju seragam blouse kaler putih seluar/ skirt labuh gelap. harga lebih kurang Malaysia. jgn makan kat tempat lain. sotong seketul sampai 35 rggt. cekik darah. kalau nak jimat lagi ada je stall tepi jalan yg jual makanan panas2. nasi pulut makan dengan ayam goreng dan of course pulut mangganya yang femes itu.
Bab nak beli souvenir baik beli kat pasar malam kat bandar. sgt murah dibandingkan kat area Ao Nang. ataupun pasar malam di hadapan masjid Ao Nang yang besar tu. kami merempit sampai bandar pegi pasar malam semata2 nak beli Tshirt yang murah sikit. best sangat terasa macam kat kampung sendiri. patutlah ramai mat saleh suka datang sini sebab Thailand satu negara yang bebas dan nilai matawang yang rendah. even Malaysia pun diorg x bape tau. hurmmm..
Pengalaman lain seperti naik TUK TUK tu pun best. Ni kenderaan bermotor yang ada tempat duduk khas bertutup. Diorg modify sendiri dengan macam2 patern cover. Yang comel Hello Kitty tapi tu rupanya makcik tukang urut punya.hihihi.. sebut bab urut sgt2 best. full body baru dalam 30 rggt..wahhhhh...heaven tau..boleh urut hari2 mcm ni..
Ingat ada rezeki nak pegi lagi. Sebab byk lagi tempat menarik nak cover. Maybe one fine day. Kiteorg habis dalam 3500 rggt all in. Worth it! Tapi sebenarnya budget tu boleh lebih rendah jika dpt tiket murah dan stay d hotel yang lebih murah.
So, jom ke KRABI!